Monday, December 14, 2009

Deco Class : Basic Buttercream Cupcakes

Assalamualaikummm....salam sejahtera. Kelas deco kali ini dihadiri oleh seorang student yang sangat muda, baru 14 tahun umurnya, tapi mempunyai minat yang mendalam dalam dunia baking. Adik Dayang NorHafizah Awang Setia kalau tak silap namanya. Dayang ni merupakan cucu kepada Keluarga Bamahaj yang terkenal dengan produk "Petani" tinggal berhampiran dengan taman ct sahaja.

Ibu Dayang, Pn. Helen kata, anaknya sangat berminat dengan baking dan pernah menghadiri kelas masakan yang dianjurkan oleh kedai bakeri terkenal di Muar, Jessery Trading. Kini Dayang ingin belajar cara menyedia dan menghias cupcake pula. Walaupun Dayang ni pendiam dan agak pemalu, dia tidak kekok dan cekap melakukan aktiviti2 yang ct ajarkan, untung keluarga Dayang kan?






cupcake Vanilla Choc Chips dan Oren yang diadun dan disediakan oleh Dayang dengan panduan dari Ct





Serius dan tekun berlatih atas bod kek








sesi menyimen cupcake




Free hand drawing sesion - elmo dan payung








hasil kerja tangan Dayang









Dayang puas dengan hasil cupcake yang telah dirias. Ibunya juga teruja dengan hasil kerja tangan anak dara ini dan berhasrat untuk menghantar Dayang belajar baking pula lain kali. Alhamdulillah...Ct gembira bila orang happy dan suka. Pada Dayang, jangan lupa praktis banyak2 dan lembutkan tangan ya..apa2 pun prectice make perfect...tak gitu?


Pada sesiapa yang ingin nak belajar basic deco atau lain2 modul yang ada , jangan segan2 contact saja Ct di 013 6315909 atau email cguct1970@gmail.com cguct1970@yahoo.com





2 comments:

Shida said...

Jeolous dgn adik Dayang ni sebab dia dekat dgn akak. Kreatif budak ni ye, semoga dia berjaya membuka kedai keknya sendiri nanti.

Ct said...

jangan jeles la shida...
kan akak dah bgtau, kita boleh buat kelas bila2 shida nak....