Friday, March 19, 2010

D'Cengal Deco Class 4/2010

Kelas deco basic buttercream kali ini dihadiri oleh 3 sekeluarga dari Pekan Rengit, B. Pahat. Cikgu Noraini datang bersama, ibunya tersayang, Makcik Sari dan sepupunya, Norashikin dengan dihantar suami tercinta dan anak2.

Cikgu Noraini ini baru melalui episod duka, kematian anakanda perempuan tersayang (no 2) berumur 10 tahun pada 1 Mac yang lalu akibat kanser limfa, beliau datang belajar menghias cupcake kerana mahu mengisi masa sekali gus mengubati hati yang duka, supaya tidak terlalu terkenangkan anaknya. AlFatihah untuk anaknya..sedih hati ct mendengar ceritanya..semuga cikgu Noraini tabah dan sabar menghadapi dugaan hidup..

So, kita tgk aktiviti yang telah mereka jalankan semalam ya..




ayak gula tu elok2 ya aini..biar elok icing kita nanti..



Makcik Sari (56 tahun) masih gigih belajar menimba ilmu, shikin pulak baru je ambil result STPnya awal bulan ni...



Mak dan anak tengok kek dalam oven..



mak dengan anak tekun berlatih deco atas bod kek


Anak dara ni, sapa dapat dia nanti ..untunglah...rajin & kreatif





bancuh warna pada bc









Noraini bersama adlin anak sulungnya..
cantik tak hiasan mak buat ? nampaknya anak pun berminat tu..




Norashikin dengan hasil deconya..pas ni rajin2 berlatih ,
dah boleh amek tempahan kat Rengit ya..



Cikgu Noraini , jangan lupa latih selalu dan rajin2 promote kek awak kat kawan2 ya..



Makcik Sari, ct bangga dengan semangat makcik...
tak jemu bertanya..
rajin2 latih ya makcik, nanti jual cupcake kat Benut..




Modul deco dan baking Ct Bakery telah membuktikan, usia bukan penghalang untuk anda diluar sana mencapai kejayaan..dari semuda 14 tahun hingga seveteran 57 tahun..semua boleh melakukannya..

Anda bila lagi? Contact Ct Bakery di 013 6315909 atau email cguct1970@gmail.com atau fb Cikgu Ct man.

No comments: