Sunday, June 14, 2009

Biru Hijau Cintamu

Assalamualaikum pembuka kata,
kek pengantin empunya cerita,
Biru hijau warna dipinta,
tempahan Junaidah untuk kekanda tercinta..

Kek ini ditempah oleh Cikgu Junaidah Paiman untuk majlis persandingan kekandanya @ jejaka idaman malaya yang telah sah bernikah pada 6 Jun yang lalu dengan puteri pilihan hatinya, Ida dari Tmn Mawar, Pasir Gudang.

Seperti juga set hantaran, kekanda jun mahukan warna biru hijau atau turqoise dengan gabungan putih. Untuk majlis ini, jun menempah 1 kg kek marble trio + 35 cuppies pelbagai rasa dan 150 biji chocolate moist cake + dome untuk diagih2kan kepada saudara mara.

kek topper 1 kg



cuppies dayang2 pengiring..





cuppies pengiring 2nd version





Cuppies untuk buah tangan saudara mara





TQ jun dan keluarga. Untuk Bai dan Ida, Selamat Pengantin Baru..

No comments: