Friday, May 22, 2009

Cerita 3 Sekawan Menambah llmu

Kehadiran 3 sekawan ini bermula dengan pertemuan dengan pengusaha Ct Bakery di Jessery baking supplies pada satu petang yang indah dengan Pn. Aminah. Kak Aminah merupakan seorang ibu yang selalu berminat memperdalami ilmu pengetahuan dalam bidang masakan. Selang beberapa hari kak Aminah telefon minta aku mengadakan kelas roti , so aku kata ok. Dan dia akan bawa kawan katanya.


Tapi kerana terdapat masalah yang tak dapat dielakkan, maka kelas roti telah diganti dengan kelas cupcake pada hari Ahad 17 Mei dan akan bawa seorang saudaranya dari segamat. Tiba harinya, suami Kak Umi yang nak belajar (dari Segamat) call sesat nak cari umah aku, dan mereka selamat sampai setelah aku menjemput. Tak lama, kak Aminah dan kak Asiah tiba dihantar oleh anaknya. Sedang aku buat sesi teory ringkas..tiba2 ..pluppp!!! dan anak2 aku menjerit.."Ibu, karan tak deee"...arghhhhhh...sudahhhhh...cemana ni...


Aku call kak ani tanya, then call servis center TNB..derang kata 1 jam dari skg baru ada karan..ALEMAKKKK...abislah kelas aku. ok..tenang...fuhhhh, aku tarik hembus napas..timbul idea..smalam aku ada bake cuppies n buat cream..so aku amek replace dulu..kira2 cukup pulak untuk 3 orang. Pas tu kakak2 yang gigih tu mula lah beajar melukis atas bod..

Kak aminah..serius tu...

Kak Umi Segamat tekun mencuba..(opss - nampak tangan je)




cupcake penyelamat - red velved dan chocolate moist


sesi menyemen - kecoh ooo, kejap2 derang ckp ,
"kenapa semen saya tak rata cikgu? " hahaha...tak pe kak, belajar lagi....insyaallah boleh...

Alhamdulillah, sejam lepas tu TNB benar2 mengotakan janji..karan ada balik, terus kami bancuh adunan kek comel Kelapa pandan dan buat ising. Tapi sedih sikit, isingnya agak cair kerana cuaca yang panas...tapi masih boleh digunakan..



sesi menyemen dan menghias kek comel yang dah siap bakar


Kak Umi Segamat

Kak Aminah Spg Jeram


Usawanita Spg Jeram - Kak Asiah


Terima kasih kakak2 semua sebab sudi datang belajar dengan Ct Bakery.
Untuk yang diluar sana, jika berminat untuk menghadiri kelas deco sepanjang cuti sekolah ini..peluang masih terbuka..so, call 013 6315909 atau email Ct bakery di cguct1970@yahoo.com . Terima kasih.

1 comment:

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ said...

salam kak cgust
sorry kak semalam dilla gi outing
akak gi Yummie ke? mesti banyak borong tuh
Makan kat mana sudahnya kak semalam?