Friday, May 29, 2009

Hantaran orange

Kek comel dengan frosting fondant ini adalah tempahan dari Nita. Nita nak hadiahkan kepada sepupunya yang akan berkahwin Ahad ini di Melaka. Berurusan dengan nita mudah, dia hanya kata "nak kek coklat comel untuk hantaran , guna fondant , warna putih oren, 2 set (32 biji).." . Yang lain2 dia serah pada Ct sahaja. So kita buat 2 versi lah..






oleh kerana nampak 'kosong' maka kita pun tambah...









set 1 - simple








set 2 - sakura



sib baik ada cup warna senada..bolehlah gunakan...









Ct tengok dalam flickr ada orang buat cupcakes macam ni , so kredit lah untuk tuan punya design ni ya..(kena sebut , kang kalo tak, ada orang kata kita curik design dia pulak..) Ct amek idea dia sahaja..yang lelain kita tokok tambah sendirik. So, kat Jepun sakura warna putih dan pink je kan? Sakura oren ada kat Muo ni ha..wakakakaka..haku ni kalau bab2 berangan, okeh je..

Untuk Fazlin dan Ita, selamat pengantin baru ya..kepada nita, terima kasih daun keladi..next time jangan lupa tempah lagi...

No comments: