Sunday, January 10, 2010

Episode Cinta Duka Seorang Dara












kisah yang aku nak ceritakan ni agak tragis , walaupun dia aku tak kenal secara fizikal , hanya melalui sms kesannya sangat mendalam sampai hari ini..

kisah bermula bila aku terima sms seorang dara dari Penang , Miss Jessica Koay mintak aku buat cupcakes dan hantar kepada some1 yang dia sayang yang tinggal kat Muo. Setelah berbincang dengan sms dan ym maka, hasilnya ada di sini . Dari apa  yang jess bagitau aku, depa ni bergaduh dan Lim putuskan hubungan.Jess mintak maaf dengan  hantar kek setelah permintaan maaf berkali2 dengan call & sms tak dilayan oleh Lim.

Awal Okt kalau tak silap, Jess datang muar dalam usaha nak pujuk Lim dan dia ada call aku beberapa kali , mintak tunjuk arah nak g umah Lim (sebab aku dah jumpa umah lim dulu)  . Dan dia ada sms bgtau dah jumpa umah, tunggu lim keluar je. Apa yang berlaku , mmg aku tak tau...ingat derang dah berbaik la...

Malam selasa yang lalu, kol 10.40 mlm, aku terima sms dari seseorang , no penang..dia tanya boleh buat kek n hantar kat Lim ? Aku sangka mesti Jess la, so aku terima, aku borak2 la dlm sms..tentang harga, jenis kek dll. Tengahari esok, penghantar sms tu bgtau, dia adalah adik Jessica, Samantha..Jessica pass away...dubb..terkejut beruk aku, aku pujuk2 Sam cerita, last2 dia bgtau setelah pasti yang aku mmg tahu kisah Jess -Lim.

Rupanya pertemuan Oktober lalu tidak berjalan lancar, tak tau apa jadi , Jess balik penang dengan hati yang luka parah dan terhina..Jess jadi sangat murung dan terganggu , dalam minggu tu jugak dia jatuh sakit dan admit ward..doc detect ada something abnormal dalam blood dia..she getting worse, bawak ke luar negara dan buat operation..Tapi she pass away pada awal november...

Dia tinggalkan beberapa pesanan, antaranya suruh hantar kek hari lahir pada Lim Rabu lalu melalui aku...Terus terang, aku mmg sedih sangat dengar kisah ni...macam masih terdengar2 lagi suara dia yang manja tu..bila aku hantar kek ke rumah lim, Lelaki itu telah balik ke Singapore, so makcik dia yang amek..Makcik dia sangat terkejut dan kesal bila aku sampaikan pesanan dan cerita pasal jess...dia kata myb Lim tak tau..untie tu bgtaulah cemana jess ni datang cari lim kat umah tu....


Kadang2 aku rasa sedih...yalah bila jadi benda macam ni..agaknya mmg Jess ni jenis yang cinta sejati dan setia...Love matters ni mmg unpredictable....tapi kita janganlah fanatik cinta membabi buta, bak kata pepatah... ikut hati, nanti mati, kalau ikut rasa kelak binasa....


psst...kenapa nak kata mem BABI buta ek? Kalau babi tu tukar pada kucin ka, lombu , gajah atau sipot , tak leh ka....haiyaa...

7 comments:

Hayati said...

sedihnya cerita ni ct. sebab tu janganlah bagi cinta tu 150% kat orang, tinggal sikit hati tu untuk kita. Tapi kita cuma boleh cakap saja, hakikatnya orang yang merasanya saja yang tau.

Ct said...

Ya kak..sebab tu 2/3 ari lepas ct rasa amat terganggu...sedih...
walaupun ct kenal dia melalui sms dan tel , tapi macam rasa rapatt sangat sebab dia curahkan masalah dia tanpa segan silu, dan ct ikhlas membantu....

Anna said...

itu la namanya tiada jodoh. membawa cintanya sehingga ke akhir hayat. saya pun tumpang sedey. teringat zaman cintan cintun dulu. sanggup mati bersama...huhuhu..sib baik dah jadi suami skrg..hehehe.

Ct said...

ya anna...takdir Illahi tiada siapa yang dapat menghalang kan ?

mamarempit said...

sedihnye cite ni....

kak..tukar le cinta mengkucing buta....hahaha

kak...tk dapat la pegi ujg minggu ni...ada kenduri...nanti saya set date lagi...kalo dh kompem baru saya bitau ok...maaf ya

(norli jamal)

Ctnaemah said...

ahaks..cinta mengkucing buta..??skrg ni tgh musim kucing bercinta laa..hari2 dok ngiau2 ngorat kucing janda kat sebelah umah ni..yg jadi mangsa porch,kasut sekolah,tayar keta abis kene pancit dgn kucing romeo.


tp mmg sedih kisah jess ni..sampai hati lim buat mcm tu..uhuk..uhuk..

Ct said...

Mama - tak pe, akak faham. Boleh pilih tarikh lain untuk kelas deco tu..

Nai- tak lamo lagi ko dapatlah cucu kucin tiri....hahaha...


Mama & Nai - tu la, walaupun akak cuma kenal sms dan sore dia je, tapi akak sedih dengan apa yang terjadi..semuga tak berulang lagi kisan ni.....