Tuesday, September 2, 2008

Lawatan Kasih

bang Alit, kak Biha, Naim, Mimi, Syikin dan Syahira


Kenapa Lawatan Kasih ? Sebenarnya semalam kami balik kg habang misaiku, untuk sambut sahur dan berpuasa bersama keluarga mentua. Perancangan asalnya, pepagi posa aku akan sambung potong kain baju raya ku sendiri yang 2 pasang itu..then lepas zohor g umah mak pulak untuk berbuka bersama2..lepas tu balik rumah muo...

Tapi lepas subuh, bila aku sambung baring, adik dari KL call aku kata, bang Alit (abang atas aku betul) sakit, warded malam tadi kat HSA,JB dan suspect stroke! Ya Allah!! hilang ngantuk aku, aku terus capai dan tukar baju, bincang2 dengan habang misai macamana nak urusan anak2 dan aku vroommmmm ke umah mak..fikiran aku bercelaru...sambil itu aku sempat jugak contact bang amim kat bakri...Aku nak lawat abangku yang sakit...

Sampai umah mak, mak pun terkejut tengok aku pepagi buta dah sampai..mak dah diberitahu oleh Iza , tapi Iza cuma bgtau bang alit sakit biasa - gout je.

Aku ckp " mak tanak g JB?"
Mak terkejut "ngape ? tengok Bang alit ke?"
Aku cakap "Mak siap2..meh kita g JB.."
Mak aku dah sebak" Bang alit tu series ke? Bukan Gout? Mak baru tau ni..ingat nak tepon kak Biha tanya..."

Bila aku bgtau dia suspect stroke..mak terus nangis2..dan pack barang2. Bang uji yang tengah tido pun krengkangan bangun nak tau kisah sebenar..kakak sebelah pon datang..kecoh la kejap. Bang amim call nak ikut sekali ke JB. Akhirnya, kol 8.00++ kami dah berada dalam keta menghala ke JB..singgah umah bang alit jap, dengar story kak biha...Ija pon dtg..

Kol 12, kami dan Iza , poji dan budak ayam (Mira) dah bertolak ke HSA , sampai sana , naik ke tkt 2 Barat, aku tengok bang alit tengah tersadai..terkejut gak dia tgk mak datang..biasalah lepas tu adegan airmata....haku pulak sangking kalangkabutnya tak bawak kamera yang selalu tak lekang dari tangan aku...Bang alit dapat ceramah free dari mak, yalah dia tak cakap pon pada mak yang dia sakit n warded..alasan tak nak nyusahkan makbapak tu haku pon tak leh terima...

Bang alit kena gout teruk, sebelum tu dia dah demam 3 ari..tak lalu makan minum sampai pengsan..dia kata kaki kanannya langsung x leh gerak, bengkak dan sakit sangat..doc dah scan seme, dia bebas hypertension, diabetis dan jantung pon ok..kata doc dia punya saraf kaki yang very thight...semalam aku tengok dia dah boleh gerak2 kaki sket..tapi x leh sentuh..yang aku ni jahat..aku sentuh sikit je kulit kaki..dia mengaduh..betullah, dia mmg sakit sangat..kwang3x...ngeh ngeh ngeh..


Mun'im yang baju biru tu, belajar kat Poly Pasir Gudang


Sib baik Mun'im tu tengah cuti poly dan dah ada lesen keta..so dia la yang ulang alik dati Taman U ke HSA..bawak ibu dan adik2nya , siannn...aku hanya mampu tengok dan tolong je...Untuk Bang Alit, haa..jaga diri ya, jangan jahat2, jangan curi2 makan apa yang doc ckp tak leh tu...aku nak kita org kumpul lg raya ni...

Sebelum balik, sempat pulak dia ingatkan aku soh rancang buat familyday lagi macam taun lepas..insyallah..aik,sakit2 pon tang tu dia tak lupa...wakakaka...bang amim pon setuju dan mintak aku rancang baikkkkk punya...Insyaallahhh..akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin...tu dah jadi tugas aku...

2 comments:

miza said...

yg pegang kek tu sape k.ct? hehe

Ct said...

Pegang kek ? gambo yang mana 2 ?