Saturday, July 12, 2008

Kisah Dan Tauladan

Dalam hidup ini,
semua orang kalau boleh nak beruntung..
tapi ada juga yang merasa rugi...

semua orang nak bahagia...
walau ada juga yang mendapat bahagian merana...

Semua orang ingin nak hidup senang ,
siapa yang nak hidupnya gelandangan ?

Semua orang ingin merasa mewah,
tapi bagaimana jika penat berusaha nasib masih tak berubah?

Semua orang nak cantik jelita ,
tak semua orang merasa,
setiap kejadian itu cantik pada kelasnya...
bersyukurlah dengan apa adanya...

Kenapa ada orang yang suka menghina?
hanya kerana kurangnya paras dan rupa ?
hanya kerana kurangnya bijaksana?
hanya kerana latarbelakang yang berbeza?

Kalau semua orang nak jadi juruterbang, doktor, enginer..
menteri, ketua, taukey besar..
siapa yang nak buat kerja2 orang bawahannya?
siapa nak jadi pencuci tandas , pembersih pejabat dan pengangkat sampah?
semua itu bukan pekerjaan hina, tapi mulia dan berjasa...

Sedarlah teman, hidup ini saling perlu memerlukan...
saling lengkap melengkapi...
jangan ingat kita sentiasa kita akan sentiasa di atas,
kalau memandang bulan di langit,
janglah kita lupa rumput yang dibumi...

Renung2kan lah....

No comments: