Sunday, June 29, 2008

N3 tertunda

Assalammualaikum wbt...salam bahagian untuk semua. Wahh, lama sungguh tak hapdet n3 kat sini..bukan tak de benda nak cerita, tapi tak sempat dek kerana sebok dengan berbagai aktiviti peribadi dan aktiviti sekolah.

Seminggu dua ni bzzzz....mengajar macam biasa , kejar silibus, nak kena habiskan akhir julai ni...dengan Hari Terbuka , Hari Keusahawanan dan bertugas di Hari Anugerah APC 2008, Mesyuarat AJK Pandu Puteri Daerah,..semua tu menuntut pengorbanan dan masa yang bukan sedikit , disamping memastikan anak2 dan keluarga tak terbiar..

Hari Keusahawanan , gerai KH kami menyediakan hidangan Roti Jala dan Roti Nan dengan kuah kari ayam, Bi hoon goreng lada hitam , kek marble dan cupcake berhias. Yang paling hot ialah cupcake...sampai beratur dan bila ada yang tak dapat siap merajuk2..order untuk hari lain pulak...bzzz ya amat , bermula dari petang rabu , g membeli belah dengan zahariah..dia beli barang untuk renjer, aku pulak handle kh..aku mintak gerai sebelah menyebelah...senang nak handle kalau pape...

Alhamdulillah...kiraan awal hasil jualan dapatlah balik modal dan ada sikit untung...budak2 pers. KH yang berlapan tu , diketuai oleh shila, haziqah, hidayah , mafiza dengan support jejaka2 hensem dan tough diketuai oleh hidayat, muzzamil, alif dan mustaza...bekerja tak kira masa dan tak berkira tenaga...tu yang syiok dengan bebudak tu..ringan tulang dan baik budi..alhamdulillah..

Pas tu semalam aku kena pulak duty untuk majlis APC..pening handle orang beso2 ni..masalahnya orang beso2 tu tak cerewet rasanya..orang2 yang berada di keliling vip tu yang lebih2..pasal gelas pon boleh jadi kecoh besar..bukan sompek/retak atau kotor ke..cuma tak berkaki...last2 kena kejar orang nak pinjam gelas berkaki...

Begitu juga dengan bekas makanan...nak yang mcm Queen Anne..bukan aku hade ponnn...sib baik guru kanan aku tolong cari , dalam pada meradang2 dan sakit ati tu , kita orang carik gak...terhina sangat ke hidang makanan dalam pinggan arcopal tu ? Kurang standard ? aku geram dan sakit ati sangat dengan sorang 'makcik' tu...membebellllllllllll je....itu tak kena , ini tak kena, walhal yang datang tu ketua sektor je...ala aku pernah serve kerabat johor tak de pon cerewet2 macam tu...Tu masa banjir 2/3 taun dulu , keluarga Ku Yem datang melawat ke BP, derang dijamu makan tengahari pakai ambeng dulang je..tak cerewet ponn ??
tak de lah nak suara tinggi2, bentak2....ini kuli2 je , berlagak lebihhh...jelehhhhhhh.......

No comments: