Tuesday, April 1, 2008

Bencana Alam

Hari ini aku menjalankan misiku untuk membuat tinjauan dan lawatan ke kawasan yang terkena bencana alam kemarin. Ini kerana PP daerah muar diberi tanggungjawab untuk membantu mangsa. Aku juga bertanggungjawab untuk melihat jika ada bantuan atau apa2 khidmat yang boleh dilakukan oleh beberapa guru yang bercadang untuk membawa pelajar2 mereka dari kalangan pelajar unit beruniform.


Aku bertolak dari rumah pada pukul 3.30 setelah menyiapkan keperluan anak2. Tempat pertama ku tuju adalah rumah mak. Aku tengok pokok manggis yang aku selalu panjat sampai pucuk dulu dah ambruk..ngoleng abis...Alamakkk...
putiknya lebat pulak tu...adehhh...Insyaallah, semuga aku sempat rasa buah manggis tu...kes kes kes...begitu juga adik2 yang lain terutama Izah pojie kecik yang tengah 'meteng' tu...kang melelehhhhhh plak air lio bby....sapo nak jawab tu...



Sampai2 je umah mak tengok mak tengah sibuk membungkus lepet aka lepat pulut untuk jualan esok dengan dibantu dengan kakak. Biasalah mak, mana boleh duduk diam, pagi sibuk siap2 buat kuih untuk hantar ke gerai bro Kalam tengahari. Dapat sikit2 pon jadilah, kata mak. Mak akan 'lemess' kalau dok dendiam x buat pape...


adunan lepet - pulut, kelapa dan kacang tolo



lepet yang dah separuh siap , belum ikat dengan tali rafia lg..

kalau ikat dengan getah nanti lepetnya paitttt....

Cing cong kejap dengan mak dan kakak..ajak bapak temankan aku ke umah pak usu J...sebab rumahnya kena musibah ribut , bapak cakap separuh bumbung rumah atas terbang dibawa angin...sampai2 kat umah pak usu, aku tengah cik Gim sedang bzz mengangkat2 barang...alihkan apa2 yang patut dari kawasan bencana sebab hujan dah mula turun...Cik Gim memeluk aku dengan sendu..yalah..rumah tu rumah pusaka peninggalan aruah embok dulu...banyaklah nostalgianya...

Aku naik rumah atas tengah..laa..memang teranggg dan (ujan tengah turun) lecak..sebab tinggal siling yang separuh ambrol je...selebihnya tunggu masa nak runtuh je...aku pun rasa sebak..yalah, aku biasa klipang klipeng kat umah tu dengan aruah embok...tengok2 dah jadi macam tu...nampak awan ...

sebahagian siling yang tunggu nak runtuh je...

Cik Gim ckp kejadian berlaku hampir maghrib, dalam kol 7.00, masa tu dia baru naik dari bengkel kepeknya..dia kata datang angin menderuuu bergulung2 dengan hujan..terus langar bumbung..sekali.. rumah bergegarrr...kali ke dua bergegar dengan bunyi bising yang sangat kuat...terus cik Gim nampak langit..siling runtuh dan pecah..suasana kelam kabutlah...bila reda sikit ujan, derang tengok2 bumbung dah terbang ke kebon dan ke depan rumah separuh....langar anjung depan , runtuh zink anjung sikit...

Cerita2 lebih kurang aku mintak diri...aku dah janji dengan taiko beso aka bhrin nak g kompleks penghulu Sg. Balang untuk dapatkan maklumat seterusnya. Ya Alllahhh..sikit punya lamaa daaa haku tunggu taiko tu datang...sib baek lum sempat lena..lebih 45 minit...kendian dia dtg...cing cong dengan tok penghulu..Tok bgtau ada 4 umah yang paling teruk kemusnahanya...tok tunjuk umah yang paling teruk kena...

Aku terus ngekor taiko g Sg Resik Laut..umah En. Osman...jauh jugak masuk ke lautnya...hampir sampai ke kuala sungai...kemudia aku nampak ini....satu rumah tanpa bumbung...macam rumah runtuh pun ada...terpegun aku..aku terus masuk ke bangsal jumpa tuan rumah...

terkejut aku tengok rumah ni macam ni sekali jadinya...

keadaan di dalam rumah yang tercabut bumbung...

timbul rasa takut dan ngeri..tak dapat aku bayangkan suasana masa tu..


bangsal mee siput tempat berteduh sementara..



sanak saudara sibuk bantu mengemas bengkel terbuka..

Masa aku datang , ada sekumpulan sukarelawan dari Briged Ansar Jab. Agama Muar bersama penduduk setempat sedang bersiap2 untuk membantu menyediakan kerangka dan bumbung bagi keluarga malang ini. Makcik tu menceritakan detik dia kena..masa tu anak2 ada dalam rumah dan mak cik baru sahaja menjalankan majlis perkhawinan anaknya 2/3 minggu lepas.


Makcik kata seluruh rumahnya bergegar sebelum rabung dan bumbungnya di terbangkan angin yang kuat berpusar2..macam kipas kapal terbang boieng katanya...anak2 makcik berkumpul di suatu tempat dan berpelukan, susana memang kelam kabut sangat...sebab bumbung rumah tercabut dengan meter dan wayar elektrik..makcik juga nampak letupan kecil hasil dari wayar hidup yang terkena hujan...dan Pakcik bang beberapa kali barulah angin beransur reda....

Setelah itu , dalam suasana terkejut..terperanjat..disertai dengan hujan lebat guruh..kilat dan petir..suasana gelap gelita..makcik dan keluarga berusaha memindahkan barangan yang masih ada ke kawasan bengkel mee siput yang terletak bersambungan dengan rumah makcik...kemudian mereka keluar mencari bantuan , masyarakat setempat juga ramai yang datang membantu..


Oleh kerana hari dah petang benar, aku tak dapat melawat 3 rumah lain yang sama teruknya , jadi aku pun balik ke rumah. Tima kasih taikoooo...kih kih kih...Berdasarkan pemerhatianku kebanyakan kerja yang perlu adalah pembaikan bumbung dan bahagian rumah yang lain yang tidak sesuai dijalankan oleh pelajar. Jadi aku akan menjalankan usaha lain utnuk membantu mereka....Insyallahhh...

makcik merenung rumahnya yang musnah..kesiannn...

2 comments:

PINATBATE said...

Masa tengok berita ni kat Buletin Utama,memang teringat kat cguct...betul..
Ujian Allah datang dalam berbagai bentuk.Mudah-mudahan mereka bersabar dan kita mengambil iktibar..

Ct said...

terima kasih pinat kerana ingat pada ct...