Wednesday, April 2, 2008

Projek masak lagi..

Hari ni aku balik umah lebih kurang pukul 2.00...baru rehat ..elok mata nak lelapppp je...tinnn..tinnnn...walahhh, anak bujangee wes balik. Biasalah abang bob, mesti hon2 bagi tau anak dah balik, kena bukak pagar sebab dia tak bawak kunci umah.

lepas soh dia mandi dan bagi makan, aku pulak amek giliran nak sambung apa yang bantut tadi. Selesai mandi , aku dengar awat senyap je..aku keluar tengok..laaa..abang dah berlayar , tinggal adik je setia tunggu katun ..aku soh jiha jangan kuar ke mana...baru landing kat katil, jiha sekali lagi menjerit..Ibu, pos laju datanggggg...hah ? pos laju ? sape pulak anto barang ni ?

Terkocoh2 aku keluar...Mas916 dari HG cari rupanya...antar anak orkid..Alhamdulillah...seperais ni...gitulah aku dan sahabat2 di forum tu..tak pernah bersua..tak pernah dengar suara, tau2 barang sampai...Brader pos tu pulak kemain ramah...dia pulak ikut suka..dia nengok pokok2 orkid yang ku gantung kat tepi pago...dia pun suka dengan orkid katanya...tanya aku macam2 pasal orkid..aku jawablah mana yang patut...hehehe...

Bro tu belah, aku masuk 'tarangan' balik...mata kelattt betul nih..pejam mata jap..dalam 1/2 jam aku dengar habangku balik...lepas semayang dia pun sesiap le..alahh nak maik bola tampek lagi le tu....jelehhhh aku....dia ngajak, tapi aku malas sebab aku dah ada plan nak buat kek petang ni..

Aku bangun dan tuju dapo..siap2 bahan kek dan mula mengadun. Kali ini order dari anak muridku niza yang nak sambut b'day dia jumaat ni..kemudian aku adun muffin sikit , nak kasi kawan PP yang sepatutnya dapat masa mesyuarat PP ari tu..tapi dah sold out la pulak...Tunggu ek tipah, jun, zahariah..insyaallah, adalah rejeki awak esok...

Lepas tu aku mula mengadun dessert yang dah lama ditunggu oleh kak aida, Triffle....bahan2 semua dah ada ..aku pun mulalah membuatnya...memula aku potong dan susun kek gulung..pas tu aku masak kastard cam kat bawah ni..

letak susu cair, gula sket, telo dan masak dengan api kecik..sampai didih

dan cantik berkilat

curah kastard..sebelum tu renjis air coktail pada kek dulu..

bila kastard mula beku, susun buah dalam tin..akak ni pesan nak buah omputih..yang hak tropikal x nak...kes kes kes...

masak jelly hingga didih...kacauuuu...


senduk perlahan2 ke dalam bekas dan biarkan beku..sejukkannn...hulalalaa...baru siokkk nak makannn...

No comments: