Thursday, April 10, 2008

Taman Orkid mini di sekolahku

Di sekolah, aku juga membela orkid. Hobi ini telah ku mulakan awal 2006 yang lalu, bermula dengan dua pasu orkid sebagai perintis, kini ia telah berjumlah hampir 15 pasu pokok orkid pelbagai warna dan saiz yang kebanyakannya terdiri dari spesis Dendrobium.

Aku suka membela denro kerana ia tidak cerewet dan lebih tahan lasak, ada juga rakan2 ku yang berkongsi minat membela orkid ini, cgu Parij contohnya, baru-baru ni dia bagi aku 6 pasu orkid oncidium...aku bubuh baja dan rawat sebaik yang boleh. Pekerja swasta Anjung Bina pulak sesekali tolong siramkan pokok2 ini. Terima kasih ya.


Dua minggu lepas, aku balik kampung dan berkesempatan buat beberapa cutting orkid spider/orkid jengking atau arachnis (betul ke eja ni ?). Kat umah mak ada 2 warna orkid jengking ni iaitu kuning dan coklat. Jadi aku ambil kedua2nya sebanyak 4 cutting. Ada lagi beberapa jenis orkid yan aku boleh potong tapi aku belum sempat lagi. Pokok yang aku tanam ni aku cuma pacakkan dalam pasu plastik yang aku kutip di belakang stor lama dan aku bubuh pecahan batu bata yang banyak terdapat di sekitar sekolah, free of charge je. Kengkawan aku heran tengok aku kutip benda ni, aku hanya senyum je bila ada yang memandang sinis...lantaklah..bukan aku usik korang ponn..



Bila aku datang tengok bunga dan nak amek gambo pagi tadi , aku tengok salah satu cutting yang aku tanam spikenya dah panjang terjulur, wahhhh...seronok aku..agaknya musin hujan sekarang ni banyak membantu pertumbuhannya, dan ada 2 kuntum orkid yang dah kembang , Harap tidak menjadi mangsa tangan2 gatal lagi.


Cerita pasal tangan gatal ni, aku frust betul awal tahun ni..kalau x salah awal Januari. 2 pasu orkidku mengeluarkan spike panjang dan telah matang, aku pun tak sabar2 nak tengok bunganya kembang. Cgu parij pun sama, tapi yang sedih, hari isnin aku datang, aku tengok pasu aku dah terguling kat bawah, tepi longkang, spike matang dah patah dan beberapa pokok muda dipatah2kan..nak meraung aku rasanya, aku betul2 sedih dan geram...tapi aku pasti bukan akibat angin...

Tapi tu lah, pokok tu bagaikan mengerti kesedihan hati aku dan mengeluarkan spike yang lain dalam tempoh terdekat, yang baru je habis bunganya, juga bagai dipatahkan2..yang aku pelik tu pasu yang sama aja kena kerjakan. Apalah dosa pokok tu, aku pon tak tau, yang dia dongki sangat tu...hangin aku. alau aku jumpa mahluk tu, aku pulak nak test patah2kan tanganya..bio dia rasa!!

Batang pokok yang patah tu aku tak buang, aku selitkan celah2 pasu dan aku cakap, tumbuhlah..aku nak biakkan kau..hari ni aku tengok, eheh...dah tumbuhhh...dah ada keiki baru..sukanya hati aku, ada nampak macam aku bakal dapat 2-3 keiki baru...




Begitulah sayangnya aku pada orkidku...ni adalah laman kecilku di tepi rumah, sebagai memenuhi permintaan soulha dari Kaherah, Mesir. Harap sue berpuas hati. Tadi juga aku sedar, spike spathog yang diberikan Alifinara aka Shida telah mekar, yahooo...spathog multicolour....cantikk..I like ittttt..


Spathog multicolour pemberian alif..



4 comments:

PINATBATE said...

Bertuah sungguh sekolah dapat cikgu rajin macam Cguct ni...

Ct said...

sytttttt...jangan cakap kuat2..kang orang aen dengar marahhhhh...

Anonymous said...

alahai chukanya..sambil senyum mcm unta ammu sayyed.

thnk kak ct...betoilah baguskan cguct budi pada tanah dan cantikkan sekolah..kt laman kakct tu tk yah citerlah,dah bnyk koleksi yer ? maybe lepas2 nie ada byk perancangan or idea mcm ner nk cantikkan lagikan.

naper tetiba mamat ahmada nie dok sengih kt orkid akak nie..jangan jd mat bunga sudah ler..

Anonymous said...

he..he...saya tumpang gembira spatho pemebrian saya dah berbunga di bwh jagaan Kak Ct...