Tuesday, April 8, 2008

Yang Ditunggu Dah Tiba..

Sejak semalam aku mmg benar2 sibuk..banyak benda berkaitan sekolah yang aku kena bereskan...Haa..skg dah lapang sket bolehlah aku cerita macam2..Tau tempat ni ? Pernah pergi ? Kat sini..macammmmmm2 ada...U name it, u got it..kalau memang pandai akan dapat sesuatu yang berbaloi...aku pun dah banyak kali pergi ke Perkampungan Orang Asli Rengit untuk mendapatkan barangan terpakai dari Singapura ni..

antara kedai2 yang terdapat di situ

Sebenarnya tujuan aku ke Rengit , pada sabtu 5 hb yang lepas adalah untuk mencari ini..Sicomel lote..chiller...khas untuk menyimpan kek dan bahan2 seperti buttercream yang telah siap. Ini adalah kerana petiais yang aku ada sekarang kecik..tak leh simpan banyak barang..dah penuh...tu la aku nekad cari chiller ni..yalah nak beli baru ..mahalllll giler..RM 1600...hak ni seken hand je..baru 500..tawar2 ..dapatlah Rm 480. Oklah tu...

Sebenarnya gambar chiller ni aku baru amik kol 4.30 tadi, sejurus selepas chiller ni kami turunkan dari kereta. kendian bawak masuk umah, agaknya malam ni boleh dah beroperasi agaknya...belum apa2 habang aku dah pasang angan2 nak simpan air minuman...dia kata senang nak minum..yalah sebelum ni susah, sebab ruang yang terhad dalam peti ais..

Dalam misiku mencari chiller ni , aku telah menemui benda ni..breadmaker..bukan satu..banyakkkkkk...tapi dalam banyak2 tu, hak ni je yang masih cantik dan nampak ok..tapi aku tak taulah dia boleh beroperasi dengan baik atau tidak...hati melonjak2 nak beli.tapi pk2 balik, ahh..tunda dululah...banyak lagi masa...esok2 mungkin dapat jumpa yang lain lagi...(pujuk ati ni..nak sangat sebenarnya..tapi takut poket rabak..weh3x...)

nampak macam brand new kan ?

ni haaa..antara BM yang ada..


Beberapa jam mencari..aku temui 1 chiller, serupa dengan yang diatas tu..tapi tengok2 SOLD...hampa aku...kecek2 pon tak boleh...oleh kerana hari dah semakin petang, aku amek keputusan untuk balik. Dalam perjalanan, ada orang bagitau ada beberapa kedai lagi di Pt. Hylam di Senggarang. Bila aku sampai, laaa...1 kedai je...ehh..apesal derang tengah kecoh2 kat luar..tengok2 derang tengah halau Ular Sawa..nak masuk dalam kedai...yang perempuan terjerit2 bila satu lelaki tu dapat kapit ular yang nyorok balik tiang konkrit dan lepaskan ke dalam parit...

Laaa..patutpun ada ular..dia silap pandan agaknya...Keadaan kedai tu..Masyaallahhhhhhh...macam tempat timbun barang buruk..tak bersusun..no wonderlah dia ingat itu rumah dia...Bila masuk, nak jalan punnnn payah...adehh..hati pun cuakkkkkk je..melilau beb mata..seremmmm...

Cari2 mmg tak ada, habang aku pulak dapat beli karaoke set..haku bareen je..yalah dah buruk dibeli pulak..dia buat dakkkkk je. Tu yang males tu..aku yang cari, dia yang dapat, masa kat rengit tu dia dapat beli satu set lukisan yang dia nak gantung kat pejabat katanya (haku taw dia cakap je, sebenonya dia nak letak umah..takut aku bising kang) ...Kendian, kami balik ke BP...tu yang jumpa kedai kat Jalan Tanjung Laboh..dekat dengan Tmn. Kemajuan..Dan akhirnya dia menjadi milikku....

6 comments:

PINATBATE said...

aduh...
suspen baca cerita ni takut Ct tampal gambar ULAR sawa...mujur tak de...

Ct said...

Gambo ulo sawa ada amek aritu, tapi dah kena delete dengan abang laaa....ingat nak jugak tunjuk, dia tengah memuntal2 kat tepi batang konkrit tu...

anir said...

kak..beshnye dapat chiller tu...saya pun dah lama kepinggin nak benda alah tu...tak dpt besor kecik pun jadilah...sbb bila nak simpan kek dlm peti s tak muat sbb kecik..yelah masa memula kawinkan,janji ada peti ais ...
mcm minat plak nak gi sana nanti akak guide boleh tak bagi map ke sbb tak pernah gi sana pun...
lupa nak ckp skang sya jarang gak online sbb busy ngan cucuk satay...
laki aku le..dia malas nak wat airbrush lagi dia suh jual satay je..balik keje ptg lepas magrib pegi jual kat restoran cina dpt le skit2 tapi lum sampai sebulan pun..
tapi hujung minggu dapatlah org order utk party le ...

Soulha,Cairo said...

bestnya dpt chiller,besar gk tu..tkderlah mahal sngtkan..klu kt johor tempat akak mesti boleh dpt murahkan..tk jauh dng SG..kt penang dulu..jauh jgk ler dia kira duit minyak..pastu bayar lori plak hantar..tp masa brng yg di jual tu mcm perabot kayu jati..cantik2 lg.

RE; thnk akak sue dh setting kt profil..baru ler nampak pic..tk pernah2 jd..tu jahil skit...
akak camner dh dpt masuk forum..lama tk nampak nick akak.

Ct said...

Rina, boleh aja nak bagi direction..mmg senang nak g situ. Sampai je pekan rengit , kat belakang paso, tanya orang semuaaa tau..banyak benda boleh dapat. Tapi chiller ni akak beli kat kedai perabot terpakai, kalau nak no akak boleh bagi, akak tengok banyakkkkk ada, kat melaka pon kedai dia ada...trylah tengok, mana taw dapat yang comel macam ni..

Ct said...

Sue, akak dah dapat masuk porem setelah dapat bantuan aliff dan dlla tolong pmkan admin...

Kat kg orang asli rengit tu mmg banyakkk barang boleh dapat...
mmg julinggg mata, piok belanga pon banyak..pinggan mangkok..kalau nak mmg boleh beli..price reasonable...