Sunday, March 30, 2008

MAT PP Johor 1

Bagai menanggung sakit gigi..bila gigi yang lobang dicabut, legalah ia..Bagai menanggung bisul , keluar mata , pecah bisul..legalah sakit walaupun darah tersembur kerananya...Begitulah juga dengan AJK PP Muar, untuk persidangan MAT dimana Muar menjadi tuan rumahnya kali ini...

Sejak seminggu lalu barisan AJK PP Muar tak senang duduk, sebuk membuat persiapan untuk MAT , buat mesyuarat JK kerjalah...lawatan ke hotel..merangka acara supaya kemas dan tersusun..menghubungi sekolah2 yang menyediakan sumbangan cenderahati...mengisi goodies ke dalam bag perwakilan..dan lain2 demi memastikan segalanya berjalan lancar..




Seawal pukul 7.40 aku telah sampai ke hotel dan membawa semua sumbangan PP sekolah dan terus naik ke tingkat 3, kemudian kawan2 yang lain pun datang dan kami sama2 mengisi goodies dan mengatur beg2 untuk perwakilan..




Selesai mengerjakan beg perwakilan, kami menyiapkan pulak sudut jualan, antara barang jualan adalah muffin, cakar ayam, kek coklat dan kerepek pisang. Jualan aksesori dan peralatan PP pun ada. Pukul 9.30 perwakilan sudah mula hadir dan mendaftar . Di sini aku jumpa semula pensyarah lamaku di MPTI, Pn. Hjh. Fatimah Mohamad (FMJ)..seronoknya rasa..yalah dah berbelas tahun x bersua..panjanglah cerita.



siapa2 yang kurang aksesori PP kat sini boleh beli...



sudut jualan..kerepek..kek..muffin..cakar ayam...marii2...



Perwakilan mula mendaftar..wah dah dapat beg yaa...



Kemudian perwakilan menikmati minum pagi..yang pakai baju kundang tu Timbalan PP Negeri, YM Tunku Fatimah Faridah..yang disebelahnya tu Pn. FMJ...bersama2 pesuruhjaya daerah lain..


kuih yang menarik perhatian ku..siap belek2 lagi...rasanya oklah..


Upacara Thinking day...



2 comments:

PINATBATE said...

tahniah..

Ct said...

Mekasihhhhhhh....kita cuma tolong2 aja...bz sangat sampai gambo sendiri dengan YAM pun x sempat amek... :-(