Tuesday, March 25, 2008

SMS

SMS ? Kalau taya anak dara ku najwa, of course dia kata Sh. Muszaffar Shukor.. SMS pun boleh di ertikan sebagai Saya Mahu Strawberry.. Sapa Mahu Sen...Sirap Manis Satu dan banyakkkk lagi..
ikut suka korangg aaa....wakakaka....

SMS yang haku nak ceritakan ni berkaitan dengan.. Short Massage Service...Betul ke ni ? ala lebih kurang je laa..

Ada apa dengan SMS ?
kata orang dengan satu SMS bisa menceritakan segalanya.
pukul 2 tadi semasa aku bersiap2 nak menyediakan cupcakes yang ditempah Non untuk kakaknya.. aku telah menerima satu sms dari sahabat lama sepengajianku yang aku panggil enal sahaja...

Enal menyatakan ucapan takziah kepada S*** di atas kematian isterinya pagi tadi... aku terkedu sekejap..bukan terperanjat..tapi..
entahlah..perasaan ku bercampur baur... kesian..marah..geram..sakit ati pun ada.. kesian dengan mendiang isterinya yang aku kenal
secara peribadi ..baik juga orangnya... marah..geram..dan sakit ati mengenangkan perbuatan lakinya yang perasaaan bagus tu...

Kenapa aku marah sangat ??? ada sebab2nya..apa perasaan korang kalau seseorang yang dianggap kawan yang konon2 selalu tunjuk baik tiba2 menikam dari belakang... membuatkan hidup kita up side down... mengharu birukan keseluruhan hidup kita... adakah kita boleh lupakan sekelip mata sahaja...memaafkannya dan berkawan semula tanpa ada sekelumit perasaan?

Pada aku, TIDDDDDDDAAAAAAAAAAAAAKKKKKKKKK sama sekali...mungkin marahku sudah hilang...
mungkin sakit hatiku sudah lenyap...
mungkin juga geram ku tidak lagi bersisa..
tapi untuk berbaik seperti suatu masa dulu.. tidak sama sekali...

Aku telah maafkan dia...aku juga sudah x kesah kalau
bertemu dia dalam apa2 kursus daerah yang ku hadiri..
tapi untuk menegurnya..tidak sama sekali...
aku anggap dia telah MATI...MATI..MATI..
walaupun jasadnya masih mundar mandir di hadapanku..

Aku juga tidak pernah membalas sedikitpun perbuatannya..
bukan kerana aku nak tunjuk baik.. walaupun leez pernah suruh aku sms dia dan maki hamun sepuas hatiku (bila aku tunjuk sms lelaki itu padanya) tapi aku tidak terniat nak buat...biarlahhh..
kerana aku percaya ALLAH sentiasa nampak apa yang berlaku..

Hanya ALLAH tempat aku menyerah, mengadu
dan meminta pertolongan...Hanya pada Rabujalilll...Takbirrr...
aku tahu dia rasa bersalah..resah dan tak sedap ati...
dengan perangai bo layan ku... dia juga pernah minta Leez jadi orang tengah mendamaikan aku.. dia juga sering mencari peluang untuk mendekati dan bercakap dengan aku..tapi dia tetap ku hindari..

Masa di UTM , aku lebih sanggup naik bas atau teksi
dari menumpang kereta kawan jika dia ada bersama...
aku lebih sanggup beralih tempat jika dia datang untuk
join kami borak2 semasa rehat kuliah...
aku akan sanggup buat macam2 asalkan aku tak terus tengok
muka orang yang telah menyusahkan hidup aku...

Kenapa aku kata dia memang terlibat dalam masalah aku ?
Kalau dia tak terlibat mengapa dia antar satu sms bagitau
aku kononya dia langsung x de kena mengena dengan
apa yang berlaku padaku masa itu ?

sebab saat tu aku pun belum tahu punca sebenar perpindahan
mendesak ku itu ..bayangkan lah aku kena pindah sekolah dalam masa 2 jam...drastik betul..salah besar apakah yang aku dah buat?
belasah anak orang sampai koma ? tak de pulak berlaku..
bakar sekolah ? tak pernah terniat ponnn...
curi harta menda sekolah? Nauzubillahhh..aku masih mampu lg...

Tapi bukankah sesuatu yang pelik , tak alih2 datang sms dari dia...
sedangkan kami berada di sekolah berlainan, jaraknya punagak jauh... aku pon x pernah cakap/cerita apa2 atau pada sesiapa pasal hal ini... aku terima perpindahan drastik itu...walaupun hatiku sedih..
sedih kerana aku terpaksa tinggalkan anak2 didikku pada pertengahan tahun.. sedangkan misiku pada mereka masih belum terlaksana sepenuhnya..

Keduanya, sehari selepas aku mendaftar, aku dengar sendiri PK1 SMSM beritahu aku.. setahunya satu guru lelaki India yang akan masuk.. iaitu suami (mendiang ) Puan M....
Penyelia ptg pulak beritahu..guru itu menolak dan telah
berjanji akan mencarikan seseorang untuk menggantikan tempatnya... dan mangsa itu adalah aku..aku juga telah melihat sendiri namanya ditaip dalam buku daftar kedatangan...sahih dan nyata semua bukti2 ini...jadi adalah dia tidak terlibat ??

Sebelum kejadian tu dia pernah serius bagitau , dia nak masuk sekolahaku.. sebab lebih dekat dengan rumahnya...tapi akhirnya
x jadi sebab dia dah dapat jawatan KP yang
dia nakkk sangat tu...

dua minggu selepas kejadian itu aku telah diberitahu oleh Leez..
dia mengunakan khidmat tokoh politik untuk mengeluarkan aku.
dan menghantar 1 guru disekolahnya ke sekolahku..
gara2 dia x mahu dipindahkan ke SMSM...
sedangkan dia yang sepatutnya masuk ke SMSM...
x mahu 1 sekolah dengan mendiang isterinya..
kejadian ini telah diakui sendiri oleh si isteri
semasa aku pancing dia berbual suatu masa dulu..

Tahun lepas, seseorang juga memberitahuku...
dia ada menyatakan penyesalan kerana telah membuat
satu dosa besar kepada seorang rakan sekuliahnya..
dia merasa bersalah kerana hingga ke saat itu, rakannya itu
tidak mahu bercakap dan sering menjauhinya..
dia kata mungkin tuhan telah memberikan balasan..
kerana itu dia ditima satu penyakit yang serius dan
memaksanya berulang alik ke hospital muar dengan kerap..

Sejujurnya, aku kesian mendengar kematian isterinya hari ini..
sejujurnya juga aku tidak pernah merasa suka atau seronok
bila dia ditimpa musibah penyakitnya...
tapi aku juga tidak ada hati untuk berbaik2 seperti dulu...
biarlah keadaan terus begini...aku lebih senang begini...

1 comment:

Anonymous said...

Owh Anak minat sheikh muzaffar shukor ekh

bgus arr 2

wat la sbgai idola

blaja rajin2 jd cm dia