Saturday, April 12, 2008

Kelas Tambahan

Aku telah memulakan kelas tambahan untuk pelajar yang bakal mengambil PMR pada hari Khamis yang lalu. Terkejut juga aku bila tengok bilangan pelajar yang hadir - 52 orang dari 5 kelas ERT yang ku ajar . Jika datang semua bilangan akan mencecah 75 orang. Tapi aku faham , ada juga pelajar bermasalah untuk datang. Pelajar2 itu bukanlah terdiri dari pelajar yang pandai atau pelajar aliran khas, tapi aku kagum dengan semangat yang mereka ada.

Setiap pelajar yang hadir aku sediakan satu set latihan pelbagai pilihan dan soalan objektif mengikut topik2 yang hendak diperbincangkan bermula dari tingkatan 1. Oleh kerana bilangan pelajar yang ramai, kelas terpaksa dibuat dalam makmal sekolah, untunglah penyelia makmal , kak Suhana memberi kerjasama yang sangat baik dalam hal ini. Oleh kerana tusyen ini free, maka aku minta setiap pelajar membayar kos fotokopi latihan yang mereka terima.
Sebagai guru, sesungguhnya aku sanggup mengorbankan sedikit masaku 4 jam setiap minggu untuk membimbing anak2 ini dalam menyediakan persiapan menghadapi PMR. Ditambah dengan kesungguhan dan semangat yang mereka tunjukkan, hilang rasa penatku, timbul iltizam untuk membantu mereka berjaya 100% tahun ini. Aku sedar, untuk merealisasikan hal ini menuntut masa dan pengorbaan yang bukan sedikit, tapi Insyaallahhhh... aku akan cuba sedaya upayaku untuk membuka mata mereka2 itu yang matapelajaran Pilihan ERT bukanlah mp second class seperti yang pernah di dakwa sesetengah orang.




tekunnnya dia menjawab..



group pelajar 'nakal'..



derang ni malu2 le kononn..



Amoiiii...jawab betul2 aaa...

Satu yang membuat aku marah , kelas tambahan yang sama untuk pelajar perdagangan semalam hanya dihadiri oleh 12 orang pelajar berbanding jumlahnya 64 orang dari 4 kelas...marah, kecewa, sakit hati..yalah, bebudaknya dikatakan pandai dan berada dalam kelas khas..myb derang ingat x penting untuk hadir kelas ini...hemmm..entahlah...aku tengoklah minggu depan macamana...kalau teruk sangat juga aku nak hentikan je..tapi tula..kesian pulak pada yang setia hadir tu...Aku dalam dilema.....

2 comments:

PINATBATE said...

wah...dah ada link ketua pembangkang kat sini yer...

Ct said...

hehehe...saje letak. nak bacer apa dia post esp pasal celeng