Friday, March 28, 2008

projek muffin

Hari ini aku mempunyai tugas besar..nak siapkan 120 biji muffin coklat cip untuk MAT ahad ini...petang ni pulak kat sekolah ada rewang Mauludurasul..Maaflah aku x datang menolong..tugasku bermula esok pagi...

sebahagian dari adunan muffinku..

dah masuk dalam cup..bubuh 3 biji coklat cip
Tadi balik sekolah, selepas berehat dan buat apa2 yang patut...aku mula mengadun muffin coklat cip dan bakaran pertama bermula pukul 3.30... batch pertama aku buat 3 adunan , dapatlah 65 bijik...Aku perlu menyediakan 120 biji. Sementara menantikan adunan siap dibakar, aku menyediakan 2 adunan kek sarang tawon pulak untuk hidangan di sekolah esok.

Sebahagian dari 65 biji muffin yang aku sediakan...

Ni pulak kek sarang tawonnyer...

pembungkus muffin

Ketika n3 ini ditulis, kat dalam dan luar oven masih ada 2 adunan muffin yang sedang beratur menunggu giliran untuk membiarkan dirinya dibakar...wakaka..gitulahhh.. Sebahagian dari Muffin ni akan dimasukkan dalam bakul untuk dipersembahkan kepada YAM Raja Zarith Sofia nanti...

Manalah tau aku dapat peluang bergambar dengan Raja zarith...Haiii...berangannnn lagi...yalah...kalaulah Tuanku sanggup mencemar duli..patik mmg tak tunggu lagi..lepas tu buat pulak n3 kat sini...meletopsss sehhh...Aminnn...

Semenjak aku mula buat promosi kapkek ni , banyak jugak tempahan yang aku dapat...semalam, ada sorang akak tu dah janji nak tempah kapkek untuk weddings anak2nya...dia nak buat goodies untuk pihak sebelah..maklumlah dia akan kawinkan 2 anak serentak..Insyaallah kak...semuga perniagaan kecil2an ini dapat sambutan dan terus maju..Aminn...

2 comments:

Anonymous said...

wei...ko citer r skit pasal aku...baru glam skit....

Anonymous said...

jangan luper tau citer skit pasal aku klu tak aku tak nak blikan ketas kapkek...kehkehkeh...anggap ini satu ugutan......
hahahahahahahahahahahaha gua yang comel...